Assalamualaikum..

Hari saya terbaca satu tajuk yang menarik.. "Kenape cincin perkahwinan di jari manis?"..
Korang semua mesti tak tau kan.. OK, kat sini saya akan terangkan kenape.. InsyaAllah, ilmu ni berguna buat kita semua..

Dari segi logik akal..

Kalau korang nak tau, cube korang buat ikut langkah-langkah ni:-

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan korang, jari tengah ditekuk ke dalam (contoh kat gambar bawah)..

2. Kemudian, 4 jari yang lain ditemukan hujungnya.

3. Cuba membuka ibu jari korang.. Ibu jari menwakili orang tua... Ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati... Begitu juga orang tua kita yang akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup semula ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang.. Jari telunjuk mewakili kakak, abang dan adik korang.. Mereka akan memiliki keluarga sendiri dan akan satu ketika, diorang juga akan meninggalkan kita.

5. Sekarang tutup semula jari telunjuk korang, dan buka jari kelingking.. Jari kelingking pula mewakili anak-anak.. Cepat atau lambat, anak-anak juga akan meninggalkan kita satu hari nanti..

6. Lepas tu, tutup jari kelingking korang, dan buka jari manis korang dimana kita menaruh cincin perkawinan.. Kerana, jari manis mewakili suami dan isteri.. InsyaAllah, selagi korang dan pasangan anda hidup berdua, korang akan akan terus melekat (bersama) satu sama lain.. InsyaAllah, cinta suami isteri kekal abadi.




Dari sudut Islam..

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
  • Jari manis
  • Jari kelingking
Dan jangan memakai pada jari:

  • Jari hantu
  • Jari telunjuk
Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah (hantu) adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut A.S. dahulu. Cara memakai cincin ini termasuk lelaki ataupun perempuan.

Nabi juga memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi dapatlah kita pahala.

Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi. Namun, yang masyhur adalah sebelah kanan, kerana ianya lebih afdal sebagai perhiasan, dan kanan lebih mulia. Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang".

Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali R.A. "Rasulullah S.A.W. melarang memakai cincin di kedua-dua jari ini, lebih-lebih lagi dengan menunjuk jari tengah dan dan jari telunjuk.

Dalil yang membenarkan memakai cincin perak (silver) adalah berdasarkan sebuah hadith, "Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka (orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka Baginda pun mengambil cincin peraknya. Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat ditangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" [Hadith Riwayat Bukhari].


InsyaAllah, ilmu yang saya ketengahkan ni dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan untuk korang semua.. Semoga ianya dapat membantu korang dari pelbagai segi.. InsyaAllah..

Terima kasih..

Labels: