4:42 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
1 comments

Anime (The Law of Ueki)

Assalamualaikum..

Ok, kat sini saya nak kongsi dgn korang semua informasi tentang anime yang saya paling suke.. yang tak tau tu, maaf erk awal-awal lagi..huhu..

Antara anime yang saya tengok:

  • Bleach
  • Naruto
  • The Law of Ueki
  • Soul Eater
Tapi yang paling best, The Law of Ueki.. Hehe, itu bagi saya.. Mungkin pendapat korang tak sama dengan saya.. Pape pun, anime ni memang best.. Sebab jalan cerita nye yang kelaka, mudah difahami, dan menghiburkan..



Sisnopsis anime


The Law of Ueki menceritakan tentang pertarungan kuasa ajaib, sebuah pertandingan untuk menentukan siapa yang akan menjadi Tuhan seterusnya. Setiap calon Tuhan (100 orang) wajib memilih seorang murid sekolah menengah (peserta @ wakil calon Tuhan) untuk menjadi perserta mewakilinya. Setiap peserta diberi suatu kuasa ajaib. Peserta memenangi pertarungan itu akan mendapatkan Bakat Kosong, iaitu bakat untuk mendapatkan bakat yang diinginnya dan calon Tuhan kepada peserta tersebut akan menjadi Tuhan yang berikut nya. Serta pelbagai konflik berlaku semasa pertarungan antara pengguna kuasa ini berlangsung.

Watak-watak The Law of Ueki

* Ueki Kousuke

Watak utama dalam cerita ini, Ueki Kousuke murid sekolah menengah Hinokuni yang baik, juga seorang hidupan syurga. Kuasa ajaib nya mengubah sampah menjadi pokok diberi oleh Kobayashi, guru kelas Ueki dan juga salah seorang calon Tuhan. Ueki sentiasa berusaha menolong orang lain. Kuasa Tahap 2 nya adalah menukar kuasa ajaib kepada asal.

* Mori Ai

Rakan sekelas Ueki. Di bahagian awal, Mori hanya pelajar biasa tanpa kuasa ajaib dan sentiasa menolong Ueki. Seorang rakan yang baik dan cube elakkan Ueki daripada lenyap. Mori diberi kuasa oleh Inumaru ketika di Dogura Mansion, iaitu membuatkan pihak lawan menjadi pencinta cermin mata.

* Sano Seichiro

Murid sekolah menengah Inaho yang punyai kuasa mengubah tuala menjadi besi. Sano bijak dalam menggunakan kuasa ajaib nya. Parut pada mata kirinya disebab kemalangan di kolam air panas. Tetapi tetap ingin bakat membuat kolam air panas. Kuasa ajaib Tahap 2 Sano ialah magnetism.

* Rinko Gerard

Asal nya daripada 10 Anggota Robert. Menjadi rakan Ueki setelah melihat kebaikan Ueki. Kuasanya mengubah manik menjadi bom. Amat menyukai binatang.

* Soya Hideyoshi

Seorang yang bijak dan juga licik. Kemunculan pertama di Rumah Matahari. Hideyoshi menyertai Ueki selepas Rumah Matahari diselamatkan. Kuasanya mengubah suara menjadi potret.


* Inumaru

Calon Tuhan dan sahabat kepada Sano. Juga memberi kuasa kepada Mori Ai. Rakan kepada Kobayashi.

* Kobayashi

Guru kepada Ueki dan Mori Ai. Juga calon Tuhan kepada Ueki. Punyai rasa keadilan yang tinggi.

Ueki Kousuke

Mori Ai

Sano Seichiro

Chibi " The Law of Ueki "



Bagi saya, anime ni memang sesuai untuk semua orang.. Pendek kata, anime ni memang best.. Gerenti puas hati kalau korang tengok anime ni.. hehe..

Mohon maaf erk jika ade kesalahan dan kesilapan dalam post saya ni..

Labels:

6:54 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

Alhamdulillah..

Akhirnye siap juga blog saya ni.. Walaupun tak seberapa, tapi, alhamdulillah, tercapai gak hasrat saya.. InsyaAllah, ini permulaan untuk diri saya.. Terima kasih kepada yang membantu saya.. Jasa kawan-kawan semua, tidak akan saya lupakan..