12:09 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

BERUK

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh...

Sam : Kau memang beruk la..

Dol : Kau la beruk..!

Sam : Kau la beruk.. Kata aku plak...


Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut...

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh ni.. Tak baik tau..

Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?

Cikgu : Sam, Dol mari sini... Cuba tengok tangan kamu.. Sama kan?

Sam & Dol : Sama cikgu!!

Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?

Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!

Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?

Sam & Dol : Paham cikgu!

Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami?Cikgu pun BERUK jugak ker??

Cikgu : (dalam hati) Sabar jer laaa.!!

Labels:

5:13 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
1 comments

PETUA TERCEKIK TULANG

Aku datang dari keluarga yang besar... 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai-ramai adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"... Maka adalah yang tak kena sana sini...

Lepas basuh tangan tu, aku makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara-suara yang bunyi: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"

Aku kata: "Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar suapan dan kadar kuantiti lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... Oh, tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...

Diorang tegur: "Essh, pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Ni, apahal jilat-jilat jari nie? kotor betul!!"-tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki.... Makan sate sedap sampai ke lidi.. he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. Aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya : Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi S.A.W. makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang.. Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain-lain, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku...

"Huh! Hamka, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer.." kata abang aku..

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak aku pun buat.. Tapi masih tak jadi..

Aku kata: "Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA..
(semua org ketawa) Nasi berhembur-hembur di sana sini.. Mak aku juga ketawa.. Sehingga tulang yang tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! he he he... Selamat mencuba, ni bukan hadith, hanya pengalaman..

PS: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (Over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk).. Sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (Superman pun akan jadi mayat)...

Labels:

4:29 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

ISTERI IDAMAN

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting..

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting..

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting..

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting..

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain... Hehe...

Labels:

4:02 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

KACANG HIJAU

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.....

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"

Labels:

6:52 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

JELINGAN AYAH

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu..
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya.. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula..

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.. Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya..
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu..
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi.. Apalagi, melatah lah tok imam tadi..
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi.. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah.. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya..


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam..

Labels:

6:47 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

ZAMAN KEMBAR

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital... Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya..

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation," kata lelaki yang kedua..

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira..

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Labels:

6:10 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

AYAM YANG MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.. Tentang sebuah peternakan ayam.. Disana ada 25 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak)..

Kerana merasa bahawa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu dengan nya.. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing.. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah die mengatur srategi.. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini.. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku..


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.. Hang tu dah tua dah tak larat dah.. So semua untuk aku sahaja..

Si ayam jalak tua : Eh... Berlagak betul mamat seekor ni (jalak tua bercakap dalam hati die). Sape kata aku tua tak larat lagi, ko jangan pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... Oklah, aku maleh nak gaduh dengan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksyen nye). So apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita dengan mengadakan satu pertandingan.. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini.. Yang kalah kirim salam..

Si ayam jalak muda: Aku.. Aku boleh sahaja, pantang dicabar ni.. Kita nak buat pertandingan apa ni... Cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk nye).

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari.. (sambil tersenyum kambing)

Si ayam jalak muda: Set...

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M... Tapi kerana aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter..

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan)..

Maka pertandingan pun dimulkan.i. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumka.n. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]







Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni.. SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU."

NiLAI MORAL : Jangan berlagak dengan orang tua (depa banyak trick nye), HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

Labels:

5:36 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

DIALOG AYAM N LEMBU

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Labels:

5:34 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

MASUK 8 BULAN

Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...

Setelah mendapat gilirannya di kaunter, pegawai berkenaan terus bertanya tentang sewa yang ingin dibayarnya...

"Berapa bulan, Puan...?"

Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab..

"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya..

Labels:

1:34 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

Numb - Linkin Park

Lirik Lagu - Numb (Linkin Park)

I'm tired of being what you want me to be,
Feeling so faithless lost under the surface,
Don't know what you're expecting of me,
Put under the pressure of walking in your shoes,
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
Every step I take is another mistake to you,
(Caught in the undertow just caught in the undertow)

I've become so numb I can't feel you there,
I've become so tired so much more aware,
I've becoming this all I want to do,
Is be more like me and be less like you,

Can't you see that you're smothering me,
Holding too tightly afraid to lose control,
Cause everything that you thought I would be,
Has fallen apart right in front of you,
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
Every step that I take is another mistake to you,
(Caught in the undertow just caught in the undertow)
And every second I waste is more than I can take,

I've become so numb I can't feel you there,
I've become so tired so much more aware,
I've becoming this all I want to do,
Is be more like me and be less like you,

And I know,
I may end up failing too,
But I know,
You were just like me with someone disappointed in you,

I've become so numb I can't feel you there,
I've become so tired so much more aware,
I've becoming this all I want to do,
Is be more like me and be less like you,

I've become so numb I can't feel you there,
Is everything what you want me to be,
I've become so numb I can't feel you there,
Is everything what you want me to be
..

Labels:

1:30 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

Marabahaya - Pop Shuvit

Lirik Lagu - Marabahaya (Pop Shuvit)

Jauh ku meluncur jauh semakin jauh,
Kanan kiriku tiada hanya di depanku,
Laju ku laju dan tuju kan ku tuju,
Hujung garis ku tawan terhitam putihlah jajahku,

Gerak ku berani melawan waktu,
Aksiku buat lemah jantungmu hingga biar detik terkelu,
Daerah ini telah terpatri dalam urat sendi naluri hati,

Mengalir dalam diri harakiri ku berani mati,
Segala angin lintang jalan bersimpang mati,
Terbakar obor terbuka api terus ku tanpa tetapi tiada bertepi,

Jauh ku meluncur jauh semakin jauh,
Kanan kiriku tiada hanya di depanku,
Laju ku laju dan tuju kan ku tuju,
Hujung garis ku tawan terhitam putihlah jajahku,

Susun catur atur gerak pandai,
Kendera diubahsuai perisai bijak dan pintar,
Tegak berdiri atau terbiar baring terlantar,
Angkuh menempuh semangat berkobar-kobar,

Merebut gelar kejar-mengejar genggam menggegar tayar bergetar,
Amuk merasuk menggempar litar,
Nitrus oksida liar membakar,

Jauh ku meluncur jauh semakin jauh,
Kanan kiriku tiada hanya di depanku,
Laju ku laju dan tuju kan ku tuju,
Hujung garis ku tawan terhitam putihlah jajahku,

Menentang arus marabahaya,
Melawan harus marabahaya
..

Labels:

1:24 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

Permintaan Hati - Letto

Lirik Lagu - Permintaan Hati (Letto)

Terbuai aku hilang,
Terjatuh aku dalam,
Keindahan penantian,
Terucap keraguan hati yg bimbang,
Yang terhalang,
Kepastian cinta,
Aku hilang(2x)

Tersabut kabut malam,
Terbiasnya harapan,
Yang tersimpan,
Suci tak bertuan,
Terasa kerinduan hati yang bimbang,
Yang terhempas,
Kepastian cinta,

Dengarkanlah permintaan hati,
Yang teraniaya sunyi,
Dan berikanlah arti,
Pada hidupku,
Yang terhempas
Yang terlepas,
Pelukanmu,bersamamu,
Dan tanpamu,
Aku hilang selalu,

Aku hilang...
Aku hilang...

Tersabut kabut malam,
Terbiasnya harapan,
Yang tersimpan,
Suci tak bertuan,
Terasa kerinduan hati yang bimbang,
Yang terhempas,
Kepastian cinta,

Dengarkanlah permintaan hati,
Yang teraniaya sunyi,
Dan berikanlah arti,
Pada hidupku,
Yang terhempas
Yang terlepas,
Pelukanmu,bersamamu,
Dan tanpamu,
Aku hilang selalu...

Labels:

12:54 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

BAHAYA KAWIN NGAN PROGRAMMER

Kawan kawan, sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer", anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari.. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari..

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) Selamat malam sayang, sekarang saya logged in...

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename...

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax... Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak boleh harap la.. Bak kad kredit abang.. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali...

Suami : Sharing Violation... Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? Abang lebih sayang komputer abang tu dari saya... Saya tak tahan la kalau macam ni selalu..

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya... Harapkan muka je hensem...

Suami : Data type mismatch...

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la...

Suami : It's by Default...

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later...

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus.


Hehe..

Labels:

12:34 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

DI MANA TELINGA LIPAS

Korang tau tak..
Telinga lipas terletak di kaki...
Tak percaya?

Cuba korang tangkap seekor lipas, lepas tu letak atas meja...
Cuba jerit "lari!!!...."
Mesti lipas tu lari kan kan kan...

Ha, lepas tu cuba tangkap balik lipas tu...
Potong kaki dia dan letak balik atas meja..
Korang jerit la kuat-kuat... "lari!! lari!!..."
Tengok lipas tu larike tak???

Hehe...

Labels:

12:15 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

PERFUME ISTIMEWA..

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan...

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.. "Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh... Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya... "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi... Lagi la menyampah giler mamat tu...

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif. "Proootttt!!! Sebelum keluar, mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu... "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek tadi yang mula termuntah dalam lif...

Hehe..

Labels:

6:55 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

Yang Pernah - Estranged

Lirik lagu - Yang Pernah (Estranged)

Silakan puas sudah disuruh
Nyatakan mimpi yang tak pernah lengkap
Lakukan apa saja yang kamu mampu

Sudahlah biar yang telah lalu
Lafazkan kesemua yang pernah ada
Akhirkan kalau ada masih tertinggal

Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Tibalah waktu untuk bersedar
Kerana giliran sudah menyuruh
Yang pasti yang panggil itu suci lagi

Berilah sedikit untuk aku
Hilangkan rasa hati yang tak percaya
Biarkan dia yang bilang jangan lagi

Cukuplah kalau perangnya ada
Disamping kamu selalu

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa

Jangan luka yang lebih
Kerana tiada yang memberi
Tiada cuma untuk kamu disini

Andainya aku tahu
Ertinya disuruh
Semua kan pernah minta

Andainya aku cari
Dimana dituju
Semua yang pernah jumpa

Labels:

5:49 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

Kenape cincin perkahwinan di jari manis?

Assalamualaikum..

Hari saya terbaca satu tajuk yang menarik.. "Kenape cincin perkahwinan di jari manis?"..
Korang semua mesti tak tau kan.. OK, kat sini saya akan terangkan kenape.. InsyaAllah, ilmu ni berguna buat kita semua..

Dari segi logik akal..

Kalau korang nak tau, cube korang buat ikut langkah-langkah ni:-

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan korang, jari tengah ditekuk ke dalam (contoh kat gambar bawah)..

2. Kemudian, 4 jari yang lain ditemukan hujungnya.

3. Cuba membuka ibu jari korang.. Ibu jari menwakili orang tua... Ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati... Begitu juga orang tua kita yang akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Tutup semula ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang.. Jari telunjuk mewakili kakak, abang dan adik korang.. Mereka akan memiliki keluarga sendiri dan akan satu ketika, diorang juga akan meninggalkan kita.

5. Sekarang tutup semula jari telunjuk korang, dan buka jari kelingking.. Jari kelingking pula mewakili anak-anak.. Cepat atau lambat, anak-anak juga akan meninggalkan kita satu hari nanti..

6. Lepas tu, tutup jari kelingking korang, dan buka jari manis korang dimana kita menaruh cincin perkawinan.. Kerana, jari manis mewakili suami dan isteri.. InsyaAllah, selagi korang dan pasangan anda hidup berdua, korang akan akan terus melekat (bersama) satu sama lain.. InsyaAllah, cinta suami isteri kekal abadi.




Dari sudut Islam..

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
  • Jari manis
  • Jari kelingking
Dan jangan memakai pada jari:

  • Jari hantu
  • Jari telunjuk
Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah (hantu) adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut A.S. dahulu. Cara memakai cincin ini termasuk lelaki ataupun perempuan.

Nabi juga memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi dapatlah kita pahala.

Menurut Imam Syafie, "Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan(kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi. Namun, yang masyhur adalah sebelah kanan, kerana ianya lebih afdal sebagai perhiasan, dan kanan lebih mulia. Tambah imam Syafie, "memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang".

Berdasarkan sebuah hadith dari Saidina Ali R.A. "Rasulullah S.A.W. melarang memakai cincin di kedua-dua jari ini, lebih-lebih lagi dengan menunjuk jari tengah dan dan jari telunjuk.

Dalil yang membenarkan memakai cincin perak (silver) adalah berdasarkan sebuah hadith, "Tatkala Nabi ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka (orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka Baginda pun mengambil cincin peraknya. Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat ditangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah" [Hadith Riwayat Bukhari].


InsyaAllah, ilmu yang saya ketengahkan ni dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan untuk korang semua.. Semoga ianya dapat membantu korang dari pelbagai segi.. InsyaAllah..

Terima kasih..

Labels: