12:09 AM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

BERUK

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh...

Sam : Kau memang beruk la..

Dol : Kau la beruk..!

Sam : Kau la beruk.. Kata aku plak...


Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut...

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh ni.. Tak baik tau..

Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?

Cikgu : Sam, Dol mari sini... Cuba tengok tangan kamu.. Sama kan?

Sam & Dol : Sama cikgu!!

Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?

Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!

Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?

Sam & Dol : Paham cikgu!

Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami?Cikgu pun BERUK jugak ker??

Cikgu : (dalam hati) Sabar jer laaa.!!

Labels:

5:13 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
1 comments

PETUA TERCEKIK TULANG

Aku datang dari keluarga yang besar... 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai-ramai adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"... Maka adalah yang tak kena sana sini...

Lepas basuh tangan tu, aku makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara-suara yang bunyi: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"

Aku kata: "Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar suapan dan kadar kuantiti lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... Oh, tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...

Diorang tegur: "Essh, pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Ni, apahal jilat-jilat jari nie? kotor betul!!"-tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki.... Makan sate sedap sampai ke lidi.. he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. Aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya : Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi S.A.W. makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang.. Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain-lain, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku...

"Huh! Hamka, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer.." kata abang aku..

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak aku pun buat.. Tapi masih tak jadi..

Aku kata: "Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA..
(semua org ketawa) Nasi berhembur-hembur di sana sini.. Mak aku juga ketawa.. Sehingga tulang yang tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! he he he... Selamat mencuba, ni bukan hadith, hanya pengalaman..

PS: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (Over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk).. Sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (Superman pun akan jadi mayat)...

Labels:

4:29 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

ISTERI IDAMAN

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting..

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting..

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting..

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting..

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain... Hehe...

Labels:

4:02 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

KACANG HIJAU

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.....

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"

Labels:

6:52 PM
-HoLy_CrUsAdEr-
0 comments

JELINGAN AYAH

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu..
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya.. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula..

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.. Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya..
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu..
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi.. Apalagi, melatah lah tok imam tadi..
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi.. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah.. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya..


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam..

Labels: