PETUA TERCEKIK TULANG

Aku datang dari keluarga yang besar... 16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai-ramai adik beradik, bukan semua yang suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"... Maka adalah yang tak kena sana sini...

Lepas basuh tangan tu, aku makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara-suara yang bunyi: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"

Aku kata: "Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok-elok habis nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yang makan dengan tiga jari, orang lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar suapan dan kadar kuantiti lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... Oh, tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yang tidak berbasuh...

Diorang tegur: "Essh, pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Ni, apahal jilat-jilat jari nie? kotor betul!!"-tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki.... Makan sate sedap sampai ke lidi.. he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. Aku tahu tak berguna berdebat dengan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya : Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi S.A.W. makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yang bagi kenyang.. Hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yang sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain-lain, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku...

"Huh! Hamka, takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne? Cakap terer.." kata abang aku..

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak aku pun buat.. Tapi masih tak jadi..

Aku kata: "Lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yang sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa-sisa nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! " HA HA HA..
(semua org ketawa) Nasi berhembur-hembur di sana sini.. Mak aku juga ketawa.. Sehingga tulang yang tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! he he he... Selamat mencuba, ni bukan hadith, hanya pengalaman..

PS: Sekiranya rakan korang menjadi mayat (Over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk).. Sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (Superman pun akan jadi mayat)...

Labels: